::Sesiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu::
::

Saturday 6 September 2014

SPECIAL OFFER!!! ABAYA



LAWATI FB : Busanacanteq Fatimah
Whatsapp : 0132456803










Friday 5 September 2014

Coretan pengalaman 2 - Solat di Raudhah



Sollu a'lannabi
Allahumma solli a'la Saidina Muhammad

Setiap manusia Allah dah tentukan rezeki yang pelbagai. Ada yang direzekikan anak yang ramai, pekerjaan yang baik, kesihatan yang baik, ketinggian Ilmu, ketenagan jiwa, darjat dan lain-lain. Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit malah lebih daripada itu.

Alhamdulillah, bersyukur dengan setiap rezeki yang diberikan oleh Allah. 

Subahanallah, Alhamdulillah Allahuakbar. Impian untuk menjejakkan kaki ke bumi barakah telah Allah rezekikan. Di Madinah tempat yang paling best adalah di Masjid Nabawi, kerana di situ terdapat kelebihan antaranya di situ terletaknya Makan Nabi Muhammad s.a.w. Antara mimbar dan makan di situ terletaknya Raudhah (taman syurga) yang tidak sunyi dari kunjungan jutaan manusia dari seluruh dunia.


~Menziarahi makam Nabi dan solat di Raudhah~


 Kubah hijau menunjukkan kedudukan makam Nabi di Masjid Nabawi, Madinah


 ~Dihadapan laluan ke Raudhah~


~Bab Uthman adalah pintu meghala ke Raudhah~

 

~Karpet hijau adalah kawasan Raudhah~

Pengalaman solat di Raudhah, kalau masuk sekali dengan orang arab dan bangsa lain, kita yang berbangsa melayu yang penuh sopan santun pasti akan menerima desakan dan tolak menolak. Tapi sekarang sistem dan kawalan jemaah untuk masuk ke Raudhah lebih tersusun, agihan mengikut bangsa dapat meredakan suasana yang tidak terkawal sebelum ini.


Monday 1 September 2014