::Sesiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu::
::
Showing posts with label Bicara Tinta. Show all posts
Showing posts with label Bicara Tinta. Show all posts

Sunday, 24 January 2016

MUSIM SEJUK DI MADINAH


Madinah setiap tahun akan bertemu dengan musim sejuk antara bulan Nov hingga Mac tahun berikutnya. Angin dingin yang menyapa kadang terasa hingga ke tulang. Kebiasaan suhu paling sejuk antara 5-6 darjah celcius. 

Suhu paling sejuk biasa menyapa diwaktu malam dan waktu subuh, kena pakai dua ke tiga lapis untuk menahan kesejukan menjamah kulit sehingga terasa ke tulang.

Bagi jemaah yang pertama kali mengerjakan umrah musim sejuk eloklah membuat persediaan dari fizikal dan mental. Perlu buat sedikit rujukan dari orang yang berpegalaman.

                                        **********************************
 

Wanita itu, wanita tabah,

Seusai membantu sekumpulan jemaah Malaysia yang pertama kali masuk ke raudhah, kelihatan beberapa warga emas hanya memakai baju kurung dan bertelekung putih. Terdetik di dalam hati, " bagaiman dia dapat menahan kesejukan malam yang dingin yang terasa sampai ketulang". 

Aku merenung dari jauh dan memandang dia berjalan sambil dipapah seorang wanita muda menuju ke ruang wudhu. Seusai selesai berwudhu, jelas kelihatan wanita yang mungkin berusia sekitar akhir 60an itu, tergetar-getar menahan kesejukan air dan angin malam. Lantas disarungkan stokin oleh si anak.

Tumpuanku masih tertumpu pada wanita warga emas yang masih menunggu giliran dibarisan kerusi roda untuk masuk ke raudhah.  Dek kerana sejuk dan badannya yang terasa tidak nyaman, dia telah termuntah beberapa langkah lagi untuk sampai ke kawasan raudhah. 

Beberapa kali, kelihatan dia terasa loya dan anaknya memberi plastik untuk dia melepaskan hajatnya. Tapi yang kali terakhirnya dia muntah lagi dan terpaksa ditadah dengan menggunakan kain telekung yang dipakainya. Terdapat sisa muntah berupa nasi bertaburan di ruang kapet masjid. 

Dengan sabar dan penuh bertanggungjawab si anak mengutip satu persatu nasi yang dimuntahkan oleh ibunya. Masyaa Allah, moga pahala berlipat ganda buat si anak.

Dia wanita tabah,
walau badan terasa lemah,
Masih gagah mengorak langkah,
Menziarahi makam kekasih Allah,
Gagahkan diri masuk ke raudhah.

Dia wanita tabah,
Saat sang ibu tak berdaya sudah,
Dia memapah mengatur langkah,
Mengutip cebisan muntah,
Tidak bersungut walau sepatah.

-Moga umrah diterima, beroleh ganjaran pahala- 
Mengutip ibrah dan pengajaran, semoga bermanfaat.


Thursday, 21 January 2016

BERBICARA DENGAN ALAM


Alam penghuninya bukan sahaja manusia. Manusia sebagai khalifah yang perlu beradab dengan seisi makhluk berkongsi rezeki, berkongsi tanah untuk dipijak dan berkongsi langit yang sama untuk dijunjung, malah berkongsi udara untuk dihirup, saling berkongsi dengan segala isinya.

'Berbicara dengan alam' kadang membawa kita mencari dan mendapat seribu satu hikmah. Mendorong diri untuk duduk bermuhasabah. Dunia tempat persinggahan menjadi tempat untuk 'bercucuk tanam' dan hasil tuaian akan dikutip nanti di negeri 'abadi'.

Sebarkan aura positif kepada seisi alam
Moga sentiasa dikelilingi orang yang positif dari segi tingkahlaku malahan dalam percakapan, kerana yang positif itu membentuk akhlak sesama kita.

-Kita hanya hamba kepada Sang Pencipta-
 

Monday, 3 November 2014

Coretan pengalaman 5 - Abaya



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Coretan pengalaman di bumi Nabi
Catatan ini ditulis bertujuan untuk dijadikan kenang-kenangan dan juga perkongsian pengalaman. Semoga menjadi manfaat buat diri dan yang membacanya...

Pakaian wanita di bumi Madinah. 

Setiap kali ingin keluar daripada rumah kami akan mengenakan pakaian serba hitam dan berniqab. Pakaian serba hitam ini menjadi adat dan budaya di sini. Jika ke pasaraya boleh dikatakan semua wanita berpakaian hitam, kecuali di Masjid Nabawi kerana di Masjid Nabawi terdapat jemaah dari pelbagai negara dan pelbagai jenis pakaian tradisi dipakai.

Pakaian hitam yang dipakai dikenali sebagai abaya. Sifat abaya bagi orang arab adalah berwarna hitam. Saya sendiri sudah jatuh cinta dengan abaya kerana sifatnya yang gelap dan selesa dipakai.

Jika ingin keluar rumah perlu bersama mahram (suami/kawan/keluarga). Pengalaman yang seronok tinggal di bumi Madinah adalah boleh dikatakan 100% berpakaian menutup aurat dan muslim. Seolah-olah tinggal di dalam sebuah keluarga besar.
Firman Allah :

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ:الحجرات10
"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." (Surah al-Hujuraat:ayat 10)

 Admin di foodcourt pasaraya hyper panda Madinah

Berpakaian dengan mengikut syariat akan membuatkan diri kita merasa lebih selamat ketika berada  di luar rumah. Islam adalah cara hidup.

Antara ciri-ciri Islam adalah thabat  wa murunah. Secara ringkasnya, thabat : tetap dari sudut hukum sesuatu perkara. Manakala murunah : fleksibel. Menterjemahkan ciri-ciri Islam ini di dalam diri kita antaranya dari aspek pemakaian kita selaku seorang muslim iaitu hukum menutup aurat adalah wajib manakala cara mengayakan (fesyen) adalah bersifat fleksibel selagi tidak bertentangan dengan tuntutan Islam.


 Minuman kegemaran saya dan suami. A'sir (jus)


 Susu tamar, sebiji rasa macam air cendol. Boleh lah minum saat rindukan cendol Malaysia ^_^


foodcourt hyper panda Madinah


foodcourt hyper panda Madinah



Sunday, 2 November 2014

Coretan pengalaman 4 - 'Bulatan ilmu'

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Coretan pengalaman di bumi Nabi

Hari ini 03/11/2014 bersamaan 10 Muharam 1436H adalah hari yang disunatkan untuk berpuasa bagi umat Islam. Afdhalnya puasa pada 9 dan 10 Muharam atau pada 10 dan 11 Muharam. 

Kisah dan peristiwa mengenai bulan Muharam banyak diceritakan di dalam kitab-kitab sirah nabawi. Dua hari yang lepas kami zaujah-zaujah (isteri) membuat 'bulatan' ilmu (usrah) untuk mengisi masa yang terluang dengan perkongsian ilmu dan pengalaman di samping mengeratkan ukhuwah.

Antara perkongsian ilmu tempoh hari adalah mengenai hadis ke 7 : 'addinu nnasihah' sedutan salah satu hadis di dalam himpunan hadis 40. 

Selain itu, kami juga berkongsi pengalaman dan mengutip ibrah daripada ibadah haji yang baru sahaja selesai dilaksanakan oleh sebahagian daripada kami yang tinggal di bumi Madinah. 

Alhamdulillah, dengan rezeki yang Allah beri, saya juga dapat melaksanakan ibadah haji pada tahun ini dengan mengambil amanah saudara seislam yg mengamanahkan untuk melaksanakan badal haji buat ayahandanya yang telah meninggal dunia. Mungkin coretan pengalaman 'melaksanakan haji muda' saya akan coretkan di lain coretan.

Terlalu banyak pengalaman indah dan tentu sahaja memberi kesan pada diri. Antara ibrah ibadah haji adalah nilai pengorbanan, kesabaran, ketaatan dan banyak lagi. Selain itu, antara kesan mendapat haji mabrur adalah seseorang itu akan menjadi lebih baik dari sebelumnya dari sudut amalan, perbuatan dan peribadi. Seseorang yang mengerjakan haji, dan sekembalinya daripada ibadah haji diibaratkan seperti kanak-kanak yang baru lahir, yang mana dia diibaratkan suci dan 'bersih'.


 ~Dataran Masjid Nabawi lengang selepas selesai ibadah haji~

Alhamdulillah, 'bulatan' ilmu memberi ilmu dan menjadi medan muhasabah diri. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah atas nikmat ini.
~Bersambung~


 ~Bersahur~



Monday, 13 October 2014

Coretan pengalaman 3 - Sara hidup

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Coretan pengalaman di bumi Nabi

Semalam barang dapur dan keperluan rumah dah habis. Jadinya admin dan hubby keluar sekitar jam 8.30 malam ke hyper panda ala-ala giant kalau di Malaysia.

Kos sara hidup di sini memang tinggi. Total beli keperluan rumah sahaja dalam Sr385 semalam. Jadinya pemilihan barang dan harga barang kami akan survey dahulu sebelum membeli.

Ne antara pilihan yang kami buat. Tapi harga agak tak masuk akal juga... hehehe
Sabun basuh kain 
1.5kg = Sr18.95
3kg=Sr19.95
beza Sr1
jauh juga beza tu kan??


Kalau beli 2kotak sabun 1.5kg dah jadi harga Sr37.90. Baiklah ambil terus yg 3kg Sr19.95. Banyak juga boleh jimat tu ^_^



Ne adalah gambar stesen minyak di Madinah. Minyak tersangat murah di sini. Isi dalam Sr10 dah penuh tank. Kalau perjalanan Madinah-Mekah (5jam perjalanan ibarat seremban-taiping) minyak kurang dari Sr20 sahaja. Sangat jimat tanpa tol.

Friday, 5 September 2014

Coretan pengalaman 2 - Solat di Raudhah



Sollu a'lannabi
Allahumma solli a'la Saidina Muhammad

Setiap manusia Allah dah tentukan rezeki yang pelbagai. Ada yang direzekikan anak yang ramai, pekerjaan yang baik, kesihatan yang baik, ketinggian Ilmu, ketenagan jiwa, darjat dan lain-lain. Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit malah lebih daripada itu.

Alhamdulillah, bersyukur dengan setiap rezeki yang diberikan oleh Allah. 

Subahanallah, Alhamdulillah Allahuakbar. Impian untuk menjejakkan kaki ke bumi barakah telah Allah rezekikan. Di Madinah tempat yang paling best adalah di Masjid Nabawi, kerana di situ terdapat kelebihan antaranya di situ terletaknya Makan Nabi Muhammad s.a.w. Antara mimbar dan makan di situ terletaknya Raudhah (taman syurga) yang tidak sunyi dari kunjungan jutaan manusia dari seluruh dunia.


~Menziarahi makam Nabi dan solat di Raudhah~


 Kubah hijau menunjukkan kedudukan makam Nabi di Masjid Nabawi, Madinah


 ~Dihadapan laluan ke Raudhah~


~Bab Uthman adalah pintu meghala ke Raudhah~

 

~Karpet hijau adalah kawasan Raudhah~

Pengalaman solat di Raudhah, kalau masuk sekali dengan orang arab dan bangsa lain, kita yang berbangsa melayu yang penuh sopan santun pasti akan menerima desakan dan tolak menolak. Tapi sekarang sistem dan kawalan jemaah untuk masuk ke Raudhah lebih tersusun, agihan mengikut bangsa dapat meredakan suasana yang tidak terkawal sebelum ini.


Saturday, 30 August 2014

Coretan pengalaman 1 Malaysia-Riyadh-Madinah


Alhamdulillah selamat sampai di bumi Nabi, Madinah al-Munawwarah
Bertolak dari KLIA jam 4petang (waktu Malaysia-28/08/2014)
Tiba di Riyadh jam 6petang (waktu tempatan)-transit selama 7jam
1.30pagi Boarding (Riyadh-Madinah)



 ~Sekitar pemandangan di airport Riyadh-transit 7jam~



Admin : Busanacanteq Fatimah
 ~Check in/ boarding Riyard-Madinah~


~Sementara tunggu flight ke Madinah, jalan-jalan dalam airport Riyadh~
beli air mineral je ^_^


 ~Ne perkara pertama yang kami lakukan sebaik sahaja tiba di Riyardh iaitu membeli line internet dan line telefon~
guna line internet untuk berhubung lebih jimat dan mudah 
STC jadi pilihan


~Antara kemudahan yang disediakan sepanjang penerbangan Malaysia-Riyadh~





Tiba di Madinah jam 3.30pagi waktu Madinah (8.30pagi waktu Malaysia) (29/08/2014)


Tuesday, 19 August 2014

Coretan pengalaman


Sangat merindui dua tanah haram iaitu Madinah dan Mekah.

Alhamdulillah Allah makbulkan doa untuk jejakkan kaki ke tanah suci di usia muda. Pengalaman travelog haji dan umrah yang sangat indah yang sentiasa terpahat di sanubari... Semoga Allah limpahkan rezeki untuk ke sana lagi, begitu jua saya doakan Allah makbulkan hajat insan2 yang sangat berhajat untuk bertandang ke bumi barakah Mekah-Madinah.


~Suasana Solat berjamaah di Masjidil Haram~


~Menara jam Mekah~


 ~Lautan manusia menuju ke baitullah~


~AL-QURAN KAABAH~
Selalu jamaah beli untuk dijadikan hantaran perkahwinan dan hadiah


Tuesday, 20 May 2014

MOTIVASI : NOTA KECIL


 Assalamualaikum wbt
Ceria-ceriakan hari kita dengan melakukan perkara yang kita suka (*selagi tak bertentangan dengan agama).

Hari ni admin tergerak nak mencoret sedikit mengenai dunia bisnes. Sebelum tu, terima kasih kepada mereka yang menyokong Busanacanteq Fatimah. Baru setahun jagung, banyak lagi yang perlu diperbaiki. Yang nak bagi nasihat, teguran atau cadangan jangan segan silu. ^_^

Nota kecil yang besar maksud tersiratnya. Dengan memandang dan membacanya mampu menjentik hati admin dan menjadikan motivasi di dunia bisnes kecilan ne. Nota ne admin copy daripada pos FB : Ustaz Dr.Mohd Izhar Ariff'(pensyarah UKM/ Penceramah bebas).

Bagi agent-agent dropship Busanacanteq Fatimah, nota kecil ne boleh dijadikan motivasi untuk kita semua.


Tidak salah kita belajar daripada bangsa lain, selagi memberi manfaat yang baik pada diri dan orang sekeliling.



Tuesday, 6 May 2014

TESTIMONI PELANGGAN 2012 >>> TERKINI


Assalamuailkum semua dan salam sejahtera...
Terima kasih kerana sudi bertandang ke blog Busanacanteq Fatimah... ^_^

Yang baru-baru nak berjinak nak berurusan dengan kami jangan risau ye... boleh tengok pada album di FB Busanacanteq Fatimah terdapat lebih 90 testimoni daripada pelanggan (terima kasih yang telah berkongsi testimoni).

Sebarang cadangan dan persoalan mengenai produk kami boleh terus inbox ke 
~FB/ 
~emailkan ke busanamurahcanteq@gmail.com atau 
~boleh juga Whatsapp 0132456803... Whatsapp sahaja ya, sms dan panggilan tidak akan di layan... 

Bukan tak di layan... tetapi kami yang tak terlayan... heheehe... Insyaa Allah setiap tempahan pasti akan sampai ke muka pintu rumah anda... ;)

Ne link untuk melihat testimoni :
>>>> TESTIMONI Busanacanteq Fatimah








Wednesday, 23 April 2014

SMILE ;)



WhatsApp >>>0132456803
 
 
 
 
 
 

Wednesday, 19 March 2014

KAD BISNES 2014


WhatsApp >>> 0182133552

kreadit buat Myexe design
~Thanks a lot~


Saturday, 16 November 2013

HIDUP PADA MEMBERI

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.
Admin meminjam tajuk daripada Saudara Saiful Islam, erti hidup pada memberi. Disamping bertujuan untuk bermuhasabah diri dan semoga memberi manfaat juga kepada pembaca. Alhamdulillah bermuhasabah sendirian, mengira usia yang menginjak menghampiri ke 30 tahun, menunjukkan nikmat yang tak terhingga tuhan kurniakan kepada admin untuk terus bernafas di muka bumi ini.

Allah kurniakan manusia pelbagai kelebihan yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin terutama ke jalanNya. Manusia terutama umat Islam perlu sentiasa memperbaharui niat dalam segala tindakan kita. Sebagaimana huraian penulisan assyahid Fathi Yakkan di dalam penulisan 'maza yaini-Apa ertinya saya menganut Islam' bahawa "tujuan kita dijadikan di muka bumi ini adalah untuk mengenal Allah Maha Pencipta dan matlamat hidup muslim adalah menuju syurgaNya".



Justeru 
walaupun di mana kita berada?
Apa kerjaya kita?
Berapa besar kedudukan kita?
Berapa banyak harta kita?
Tinggi mana kecerdikan, pendidikan, keintelektualan kita?
Besar mana pengaruh kita?
Bijak mana tutur kata kita?
*** dan walau banyak lagi persolan yang boleh dibangkitkan..

Tujuan dan matlamat muslim itu hanyalah satu, 

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa memperbaharui tujuan dan matlamat utama kehidupan kita selaku muslim. Berikan manfaat kepada ummah. Pelbagai medium dek kerana dunia serba canggih dapat kita salurkan.

Semoga begitu juga dengan segala usaha dan muamalah kita sepanjang jual beli mendapat redha Allah. Kerana tujuan dan matlamat hamba hanyalah satu.







Friday, 13 September 2013

ALHAMDULILLAH.. SYUKUR ATAS SEGALA NIKMAT

Maksudnya.. "dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah." 
( Qs. Al-Baqarah [2]:172)
 


 Suasana di Masjid Nabawi


 Perkuburan baqi'


 Suasana di bahagian pintu masuk muslimat


 Maqam Nabi~ Allahumma solli a'la Saidina Muhammad


 Menghampiri waktu mghrib


Suasana di bahagian tempat solat muslimat



Alhamdulillah, syukur atas segala rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan. 


Maksudnya.."Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah ia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih (mawaddah) dan sayang (rahmah). Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kamu yang berfikir.” (QS Ar Rum: 30: 21).






Monday, 24 December 2012

PEMBUKAAN TAHUN 2013


Cantik tak? sangat cute.. ^_^ Bisnes kad beserta kalender 2013.. Comming soon.. Kreadit buat MYexe Design..

.

ALHAMDULILLAH..

ALHAMDULILLAH.. PRODUK-PRODUK KAMI TELAH BERTAMBAH disebabkan permintaan daripada pelanggan yang sentiasa memberi sokongan padu. Tempahan dan pertanyaan boleh dilakukan di FB Busanacanteq Fatimah.. ^_^ HAPPY SHOPPING..
JOM LIKE PAGE : Busanacanteq Fatimah Solehah
JEMPUT ADD : FB Busanacanteq Fatimah

*Kebanyakan produk baru, kami akan update di sana.. Boleh tengok produk serta testimoni pelanggan. Berurusanlah dengan kami tanpa ragu-ragu..