::Sesiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu::
::

Monday 25 January 2016

ABAYA CUSTOM MADE 2016

Bismilahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah,

Makin banyak sambutan bagi penggemar abaya. Tahun 2016 kami bawakan design terkini dan elegant untuk penggemar abaya dari yang simple hingga yang sarat boleh buat baju nikah/ kawen.

Ini adalah pilihan design dan juga pilihan warna untuk abaya custom made. Anda bebas memilih design dan warna, malah boleh juga untuk membuat penambahan untuk nursing friendly. Best kan?

Kain pon sejuk je dan jatuh terletak. Memang puas hati kalau pakai. Mesti nak ulang order lagi.

Nak order jom ke FB/ PAGE/ IG kami ya  ^_^













Sunday 24 January 2016

MUSIM SEJUK DI MADINAH


Madinah setiap tahun akan bertemu dengan musim sejuk antara bulan Nov hingga Mac tahun berikutnya. Angin dingin yang menyapa kadang terasa hingga ke tulang. Kebiasaan suhu paling sejuk antara 5-6 darjah celcius. 

Suhu paling sejuk biasa menyapa diwaktu malam dan waktu subuh, kena pakai dua ke tiga lapis untuk menahan kesejukan menjamah kulit sehingga terasa ke tulang.

Bagi jemaah yang pertama kali mengerjakan umrah musim sejuk eloklah membuat persediaan dari fizikal dan mental. Perlu buat sedikit rujukan dari orang yang berpegalaman.

                                        **********************************
 

Wanita itu, wanita tabah,

Seusai membantu sekumpulan jemaah Malaysia yang pertama kali masuk ke raudhah, kelihatan beberapa warga emas hanya memakai baju kurung dan bertelekung putih. Terdetik di dalam hati, " bagaiman dia dapat menahan kesejukan malam yang dingin yang terasa sampai ketulang". 

Aku merenung dari jauh dan memandang dia berjalan sambil dipapah seorang wanita muda menuju ke ruang wudhu. Seusai selesai berwudhu, jelas kelihatan wanita yang mungkin berusia sekitar akhir 60an itu, tergetar-getar menahan kesejukan air dan angin malam. Lantas disarungkan stokin oleh si anak.

Tumpuanku masih tertumpu pada wanita warga emas yang masih menunggu giliran dibarisan kerusi roda untuk masuk ke raudhah.  Dek kerana sejuk dan badannya yang terasa tidak nyaman, dia telah termuntah beberapa langkah lagi untuk sampai ke kawasan raudhah. 

Beberapa kali, kelihatan dia terasa loya dan anaknya memberi plastik untuk dia melepaskan hajatnya. Tapi yang kali terakhirnya dia muntah lagi dan terpaksa ditadah dengan menggunakan kain telekung yang dipakainya. Terdapat sisa muntah berupa nasi bertaburan di ruang kapet masjid. 

Dengan sabar dan penuh bertanggungjawab si anak mengutip satu persatu nasi yang dimuntahkan oleh ibunya. Masyaa Allah, moga pahala berlipat ganda buat si anak.

Dia wanita tabah,
walau badan terasa lemah,
Masih gagah mengorak langkah,
Menziarahi makam kekasih Allah,
Gagahkan diri masuk ke raudhah.

Dia wanita tabah,
Saat sang ibu tak berdaya sudah,
Dia memapah mengatur langkah,
Mengutip cebisan muntah,
Tidak bersungut walau sepatah.

-Moga umrah diterima, beroleh ganjaran pahala- 
Mengutip ibrah dan pengajaran, semoga bermanfaat.


Thursday 21 January 2016

BERBICARA DENGAN ALAM


Alam penghuninya bukan sahaja manusia. Manusia sebagai khalifah yang perlu beradab dengan seisi makhluk berkongsi rezeki, berkongsi tanah untuk dipijak dan berkongsi langit yang sama untuk dijunjung, malah berkongsi udara untuk dihirup, saling berkongsi dengan segala isinya.

'Berbicara dengan alam' kadang membawa kita mencari dan mendapat seribu satu hikmah. Mendorong diri untuk duduk bermuhasabah. Dunia tempat persinggahan menjadi tempat untuk 'bercucuk tanam' dan hasil tuaian akan dikutip nanti di negeri 'abadi'.

Sebarkan aura positif kepada seisi alam
Moga sentiasa dikelilingi orang yang positif dari segi tingkahlaku malahan dalam percakapan, kerana yang positif itu membentuk akhlak sesama kita.

-Kita hanya hamba kepada Sang Pencipta-
 

Sunday 17 January 2016

POS MADINAH JAN 2016

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
 
SELAMAT TAHUN BARU 2016
 
 
Lupa nak umumkan di blog untuk next pengeposan MADINAH-MALAYSIA. Update terkini biasanya kami akan maklumkan di FB/ FB Page/ instagram.
 
Bagi yang belum follow ig, jom follow busanacanteq_fatimah
 
 
 
Ne info untuk next pos :
 
💌Info next pengeposan MADINAH-MALAYSIA💌
Last submit order : 17/01/2016
Last pembayaran : 18/01/2016
Pos gerak : 20/01/2016
 
siapa nak order barang dari Madinah boleh direct order di FB/ instagram ya
 
Produk madinah
√Abaya
√Perfume pen
√Concentrated perfume
√Inai original saudi
√Bedak arab kokuryu
√Kekacang dan kurma
√Bakhour
√Madu sidr
√Air zam-zam
 
Happy shopping (^_^)