Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.
Admin meminjam tajuk daripada Saudara Saiful Islam, erti hidup pada memberi. Disamping bertujuan untuk bermuhasabah diri dan semoga memberi manfaat juga kepada pembaca. Alhamdulillah bermuhasabah sendirian, mengira usia yang menginjak menghampiri ke 30 tahun, menunjukkan nikmat yang tak terhingga tuhan kurniakan kepada admin untuk terus bernafas di muka bumi ini.
Allah kurniakan manusia pelbagai kelebihan yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin terutama ke jalanNya. Manusia terutama umat Islam perlu sentiasa memperbaharui niat dalam segala tindakan kita. Sebagaimana huraian penulisan assyahid Fathi Yakkan di dalam penulisan 'maza yaini-Apa ertinya saya menganut Islam' bahawa "tujuan kita dijadikan di muka bumi ini adalah untuk mengenal Allah Maha Pencipta dan matlamat hidup muslim adalah menuju syurgaNya".
Justeru
walaupun di mana kita berada?
Apa kerjaya kita?
Berapa besar kedudukan kita?
Berapa banyak harta kita?
Tinggi mana kecerdikan, pendidikan, keintelektualan kita?
Besar mana pengaruh kita?
Bijak mana tutur kata kita?
*** dan walau banyak lagi persolan yang boleh dibangkitkan..
Tujuan dan matlamat muslim itu hanyalah satu,
Oleh itu, kita hendaklah sentiasa memperbaharui tujuan dan matlamat utama kehidupan kita selaku muslim. Berikan manfaat kepada ummah. Pelbagai medium dek kerana dunia serba canggih dapat kita salurkan.
No comments:
Post a Comment