::Sesiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu::
::

Sunday 24 January 2016

MUSIM SEJUK DI MADINAH


Madinah setiap tahun akan bertemu dengan musim sejuk antara bulan Nov hingga Mac tahun berikutnya. Angin dingin yang menyapa kadang terasa hingga ke tulang. Kebiasaan suhu paling sejuk antara 5-6 darjah celcius. 

Suhu paling sejuk biasa menyapa diwaktu malam dan waktu subuh, kena pakai dua ke tiga lapis untuk menahan kesejukan menjamah kulit sehingga terasa ke tulang.

Bagi jemaah yang pertama kali mengerjakan umrah musim sejuk eloklah membuat persediaan dari fizikal dan mental. Perlu buat sedikit rujukan dari orang yang berpegalaman.

                                        **********************************
 

Wanita itu, wanita tabah,

Seusai membantu sekumpulan jemaah Malaysia yang pertama kali masuk ke raudhah, kelihatan beberapa warga emas hanya memakai baju kurung dan bertelekung putih. Terdetik di dalam hati, " bagaiman dia dapat menahan kesejukan malam yang dingin yang terasa sampai ketulang". 

Aku merenung dari jauh dan memandang dia berjalan sambil dipapah seorang wanita muda menuju ke ruang wudhu. Seusai selesai berwudhu, jelas kelihatan wanita yang mungkin berusia sekitar akhir 60an itu, tergetar-getar menahan kesejukan air dan angin malam. Lantas disarungkan stokin oleh si anak.

Tumpuanku masih tertumpu pada wanita warga emas yang masih menunggu giliran dibarisan kerusi roda untuk masuk ke raudhah.  Dek kerana sejuk dan badannya yang terasa tidak nyaman, dia telah termuntah beberapa langkah lagi untuk sampai ke kawasan raudhah. 

Beberapa kali, kelihatan dia terasa loya dan anaknya memberi plastik untuk dia melepaskan hajatnya. Tapi yang kali terakhirnya dia muntah lagi dan terpaksa ditadah dengan menggunakan kain telekung yang dipakainya. Terdapat sisa muntah berupa nasi bertaburan di ruang kapet masjid. 

Dengan sabar dan penuh bertanggungjawab si anak mengutip satu persatu nasi yang dimuntahkan oleh ibunya. Masyaa Allah, moga pahala berlipat ganda buat si anak.

Dia wanita tabah,
walau badan terasa lemah,
Masih gagah mengorak langkah,
Menziarahi makam kekasih Allah,
Gagahkan diri masuk ke raudhah.

Dia wanita tabah,
Saat sang ibu tak berdaya sudah,
Dia memapah mengatur langkah,
Mengutip cebisan muntah,
Tidak bersungut walau sepatah.

-Moga umrah diterima, beroleh ganjaran pahala- 
Mengutip ibrah dan pengajaran, semoga bermanfaat.


No comments: