::Sesiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu::
::

Thursday 21 January 2016

BERBICARA DENGAN ALAM


Alam penghuninya bukan sahaja manusia. Manusia sebagai khalifah yang perlu beradab dengan seisi makhluk berkongsi rezeki, berkongsi tanah untuk dipijak dan berkongsi langit yang sama untuk dijunjung, malah berkongsi udara untuk dihirup, saling berkongsi dengan segala isinya.

'Berbicara dengan alam' kadang membawa kita mencari dan mendapat seribu satu hikmah. Mendorong diri untuk duduk bermuhasabah. Dunia tempat persinggahan menjadi tempat untuk 'bercucuk tanam' dan hasil tuaian akan dikutip nanti di negeri 'abadi'.

Sebarkan aura positif kepada seisi alam
Moga sentiasa dikelilingi orang yang positif dari segi tingkahlaku malahan dalam percakapan, kerana yang positif itu membentuk akhlak sesama kita.

-Kita hanya hamba kepada Sang Pencipta-
 

No comments: