::Sesiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu::
::

Wednesday, 15 October 2014

PRE ORDER OKT 2014 (Madinah-Malaysia)


Assalamualaikum wbt 
dan salam sejahtera

PRODUK FROM MADINAH AL-MUNAWWARAH

#KURMA AJWA
#PERFUME PEN Saudi 8ml
#PERFUME POCKET Saudi 18ml
#PERFUME Saudi 35ml
#Abaya Madinah
#Inai Rania Original Saudi


Pengeposan Sepanjang bulan Oktober 2014 Madinah-Malaysia:
1. 15 Okt 2014
2. 20 Okt 2014
3. 25 Okt 2014
4. 30 Okt 2014

Jemput lawati FB Busanacanteq Fatimah ^_^

Monday, 13 October 2014

Coretan pengalaman 3 - Sara hidup

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Coretan pengalaman di bumi Nabi

Semalam barang dapur dan keperluan rumah dah habis. Jadinya admin dan hubby keluar sekitar jam 8.30 malam ke hyper panda ala-ala giant kalau di Malaysia.

Kos sara hidup di sini memang tinggi. Total beli keperluan rumah sahaja dalam Sr385 semalam. Jadinya pemilihan barang dan harga barang kami akan survey dahulu sebelum membeli.

Ne antara pilihan yang kami buat. Tapi harga agak tak masuk akal juga... hehehe
Sabun basuh kain 
1.5kg = Sr18.95
3kg=Sr19.95
beza Sr1
jauh juga beza tu kan??


Kalau beli 2kotak sabun 1.5kg dah jadi harga Sr37.90. Baiklah ambil terus yg 3kg Sr19.95. Banyak juga boleh jimat tu ^_^



Ne adalah gambar stesen minyak di Madinah. Minyak tersangat murah di sini. Isi dalam Sr10 dah penuh tank. Kalau perjalanan Madinah-Mekah (5jam perjalanan ibarat seremban-taiping) minyak kurang dari Sr20 sahaja. Sangat jimat tanpa tol.

Saturday, 6 September 2014

SPECIAL OFFER!!! ABAYA



LAWATI FB : Busanacanteq Fatimah
Whatsapp : 0132456803










Friday, 5 September 2014

Coretan pengalaman 2 - Solat di Raudhah



Sollu a'lannabi
Allahumma solli a'la Saidina Muhammad

Setiap manusia Allah dah tentukan rezeki yang pelbagai. Ada yang direzekikan anak yang ramai, pekerjaan yang baik, kesihatan yang baik, ketinggian Ilmu, ketenagan jiwa, darjat dan lain-lain. Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit malah lebih daripada itu.

Alhamdulillah, bersyukur dengan setiap rezeki yang diberikan oleh Allah. 

Subahanallah, Alhamdulillah Allahuakbar. Impian untuk menjejakkan kaki ke bumi barakah telah Allah rezekikan. Di Madinah tempat yang paling best adalah di Masjid Nabawi, kerana di situ terdapat kelebihan antaranya di situ terletaknya Makan Nabi Muhammad s.a.w. Antara mimbar dan makan di situ terletaknya Raudhah (taman syurga) yang tidak sunyi dari kunjungan jutaan manusia dari seluruh dunia.


~Menziarahi makam Nabi dan solat di Raudhah~


 Kubah hijau menunjukkan kedudukan makam Nabi di Masjid Nabawi, Madinah


 ~Dihadapan laluan ke Raudhah~


~Bab Uthman adalah pintu meghala ke Raudhah~

 

~Karpet hijau adalah kawasan Raudhah~

Pengalaman solat di Raudhah, kalau masuk sekali dengan orang arab dan bangsa lain, kita yang berbangsa melayu yang penuh sopan santun pasti akan menerima desakan dan tolak menolak. Tapi sekarang sistem dan kawalan jemaah untuk masuk ke Raudhah lebih tersusun, agihan mengikut bangsa dapat meredakan suasana yang tidak terkawal sebelum ini.


Monday, 1 September 2014

Saturday, 30 August 2014

Coretan pengalaman 1 Malaysia-Riyadh-Madinah


Alhamdulillah selamat sampai di bumi Nabi, Madinah al-Munawwarah
Bertolak dari KLIA jam 4petang (waktu Malaysia-28/08/2014)
Tiba di Riyadh jam 6petang (waktu tempatan)-transit selama 7jam
1.30pagi Boarding (Riyadh-Madinah)



 ~Sekitar pemandangan di airport Riyadh-transit 7jam~



Admin : Busanacanteq Fatimah
 ~Check in/ boarding Riyard-Madinah~


~Sementara tunggu flight ke Madinah, jalan-jalan dalam airport Riyadh~
beli air mineral je ^_^


 ~Ne perkara pertama yang kami lakukan sebaik sahaja tiba di Riyardh iaitu membeli line internet dan line telefon~
guna line internet untuk berhubung lebih jimat dan mudah 
STC jadi pilihan


~Antara kemudahan yang disediakan sepanjang penerbangan Malaysia-Riyadh~





Tiba di Madinah jam 3.30pagi waktu Madinah (8.30pagi waktu Malaysia) (29/08/2014)


Thursday, 21 August 2014

PENGHABISAN STOK BLOUSE



PENGHABISAN STOK
Whatsapp : 0132456803
Blouse

Stock Clearance
Harga asal RM45
Penghabisan stok R38sahaja FREE POS
Material : chiffon (ada lining)





Tuesday, 19 August 2014

Coretan pengalaman


Sangat merindui dua tanah haram iaitu Madinah dan Mekah.

Alhamdulillah Allah makbulkan doa untuk jejakkan kaki ke tanah suci di usia muda. Pengalaman travelog haji dan umrah yang sangat indah yang sentiasa terpahat di sanubari... Semoga Allah limpahkan rezeki untuk ke sana lagi, begitu jua saya doakan Allah makbulkan hajat insan2 yang sangat berhajat untuk bertandang ke bumi barakah Mekah-Madinah.


~Suasana Solat berjamaah di Masjidil Haram~


~Menara jam Mekah~


 ~Lautan manusia menuju ke baitullah~


~AL-QURAN KAABAH~
Selalu jamaah beli untuk dijadikan hantaran perkahwinan dan hadiah


Saturday, 16 August 2014

SHAWL BUTTERFLY STOK BARU


STOCK SHAWL BARU SAMPAI
JEMPUT CUCI MATA DI FB: Busanacanteq Fatimah
Murah2 aje :)