Friday, 22 November 2013
JUBAH CHIFFON - linning RM80 FREE POS
Tuesday, 19 November 2013
Semak stok di FB Busanacanteq Fatimah♥♥♥
Saturday, 16 November 2013
HIDUP PADA MEMBERI
Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.
Admin meminjam tajuk daripada Saudara Saiful Islam, erti hidup pada memberi. Disamping bertujuan untuk bermuhasabah diri dan semoga memberi manfaat juga kepada pembaca. Alhamdulillah bermuhasabah sendirian, mengira usia yang menginjak menghampiri ke 30 tahun, menunjukkan nikmat yang tak terhingga tuhan kurniakan kepada admin untuk terus bernafas di muka bumi ini.
Allah kurniakan manusia pelbagai kelebihan yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin terutama ke jalanNya. Manusia terutama umat Islam perlu sentiasa memperbaharui niat dalam segala tindakan kita. Sebagaimana huraian penulisan assyahid Fathi Yakkan di dalam penulisan 'maza yaini-Apa ertinya saya menganut Islam' bahawa "tujuan kita dijadikan di muka bumi ini adalah untuk mengenal Allah Maha Pencipta dan matlamat hidup muslim adalah menuju syurgaNya".
Justeru
walaupun di mana kita berada?
Apa kerjaya kita?
Berapa besar kedudukan kita?
Berapa banyak harta kita?
Tinggi mana kecerdikan, pendidikan, keintelektualan kita?
Besar mana pengaruh kita?
Bijak mana tutur kata kita?
*** dan walau banyak lagi persolan yang boleh dibangkitkan..
Tujuan dan matlamat muslim itu hanyalah satu,
Oleh itu, kita hendaklah sentiasa memperbaharui tujuan dan matlamat utama kehidupan kita selaku muslim. Berikan manfaat kepada ummah. Pelbagai medium dek kerana dunia serba canggih dapat kita salurkan.
Semoga begitu juga dengan segala usaha dan muamalah kita sepanjang jual beli mendapat redha Allah. Kerana tujuan dan matlamat hamba hanyalah satu.
Tuesday, 17 September 2013
PRE-ORDER ABAYA SEPT 2013
ABAYA UMBRELLA RM120
FREE POS + FREE SHWAL
Friday, 13 September 2013
ALHAMDULILLAH.. SYUKUR ATAS SEGALA NIKMAT
Maksudnya.. "dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah."
( Qs. Al-Baqarah [2]:172)
Suasana di Masjid Nabawi
Perkuburan baqi'
Suasana di bahagian pintu masuk muslimat
Maqam Nabi~ Allahumma solli a'la Saidina Muhammad
Menghampiri waktu mghrib
Suasana di bahagian tempat solat muslimat
Alhamdulillah, syukur atas segala rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan.
Maksudnya.."Dan
di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah ia menciptakan
pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan
merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih
(mawaddah) dan sayang (rahmah). Sungguh
pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran
Allah) bagi kamu yang berfikir.” (QS Ar Rum: 30: 21).
Subscribe to:
Posts (Atom)


















































